Umum

Isteri Azmi Caliph Buskers selamat melahirkan cahaya mata kedua

Gambar FB Azmi

Penyanyi Caliph Busker, Azmi Saat mengumumkan berita gembira isterinya selamat melahirkan cahaya mata kedua di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada jam 3.28 petang hari Isnin.

Dalam hantaran yang sama, Azmi berkata bayi perempuan yang dilahirkan dengan berat 3.62kg dan isterinya, Nazira Muhammad kedua-duanya berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah. Pukul 3:28 tadi isteri saya selamat melahirkan anak perempuan kami. Baby dan Ibu kedua-duanya sihat. Semuanya dipermudahkan Allah,” tulisnya.

Azmi turut berdoa agar anaknya, yang diberi nama, Khalisa Insyirah binti Khairul Azmi membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

“Terima kasih kalian yang tak jemu mendoakan kebahagiaan kami,” katanya.

 

PALING POPULAR

To Top