Umum

Putera Abdul Mateen bakal berkahwin pada Januari 2024

Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah bakal bernikah dengan Dayang Anisha Rosnah Adam pada awal tahun depan.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh RTB melalui hantaran di laman instagram @rtbnews.

Putera Mateen yang berusia 32 tahun, merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Pengantin perempuan pula merupakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, penasihat khas kepada Sultan Brunei.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu akan berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari 2024, lapor RTB Brunei.

Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari 2024.

Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja, dan Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja on 9 Januari 2024.

Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada 10 Januari 2024.

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pasangan pula dijadual berlangsung pada 11 Januari.

RTB Brunei turut melaporkan bahawa Majlis Bersanding Pengantin Diraja, iaitu acara puncak istiadat perkahwinan, akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.

Pasangan diraja ini kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.

Majlis Persantapan Diraja akan diadakan pada malam 15 Januari.

Dan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 1y Januari 2024.

Putera Mateen diketahui sering mengambil bahagian dalam acara polo ekuestrian. Beliau bahkan pernah memenangi dua pingat gangsa di Kejohanan Sukan SEA.

 

Sumber RTB Brunei

PALING POPULAR

To Top