Umum

JPJ beri kontrak lanjutan 3 tahun kepada MyEG dan subsidiari

Gambar FB Friends of MYEG

Kontrak perkhidmatan MY EG Services Bhd (MyEG) dan subsidiari milik penuhnya, MY EG Sdn Bhd (MYEGSB), dilanjutkan selama 3 tahun bermula 23 Mei 2023 sehingga 22 Mei 2026.

Menurut liputan media, kedua-dua syarikat itu diberi surat pelantikan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memberi pengesahan bahawa kedua-dua syarikat adalah ejen pemungut bagi penyediaan perkhidmatan pendaftaran kenderaan, pelesenan pemandu dan kenderaan serta pembayaran elektronik perkhidmatan saman untuk tempoh tiga tahun.

Perjanjian untuk merasmikan lanjutan itu akan ditandatangani dan diumumkan oleh syarikat pada masa akan datang.

PALING POPULAR

To Top