Umum

Sebanyak 1,504 kes denggi dilaporkan di Ipoh.

Gambar Hiasan

Sebanyak 1,504 kes denggi telah dilaporkan di pada September-Oktober ini berbanding 412 kes bagi tempoh sama pada tahun lalu.

Musim hujan yang berterusan adalah antar faktor yang menyebabkan pertambahan pembiakan nyamuk aedes, yang turut menyebabkan peningkatan kes denggi hingga 265% di Ipoh.

Datuk Bandar Ipoh Rumaizi Baharin, berkata setakat 21 Oktober, sebanyak 1,504 kes dilaporkan berbanding 412 kes bagi tempoh sama pada tahun lalu.

Menurutnya, setakat 28 Oktober, sebanyak 14 lokaliti wabak terkawal dan 3 lokaliti wabak tidak terkawal telah dilaporkan, termasuk 5 lagi yang telah menjadi lokaliti hotspot.

Rumaizi turut menasihati warga bandar raya Ipoh supaya terus berwaspada dan meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes di sekitar persekitaran rumah.

PALING POPULAR

To Top