Umum

Polis panggil 6 individu siasat kes kematian bayi 2 bulan di taska

Gambar Hiasan

Polis memanggil 6 individu bagi membantu siasatan kematian bayi dua bulan, Qaseh Aulia Faizul, di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara.

Ketua Polis Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata keluarga mangsa dan kakitangan taska terbabit antara individu dipanggil bagi membantu siasatan.

Media sebelum ini melaporkan Qaseh Aulia meninggal dunia di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara, selepas dikatakan mengalami sesak nafas pada minggu lalu.

Seorang pengasuh wanita berusia 40-an ditahan, sebelum dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu keputusan bedah siasat

Turut dilaporkan, pihak polis masih menunggu keputusan bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

 

PALING POPULAR

To Top