Umum

Ramasamy diarahkan membayar lebih RM1 juta kepada Zakir Naik kerana memfitnah

Gambar Sinar Harian

Mahkamah Tinggi pada hari Khamis memerintahkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy membayar sekitar RM1.52 juta kepada penceramah Dr Zakir Naik.

Hakim, Hayatul Akmal Abdul Aziz memutuskan demikian selepas mendapati Dr Zakir berjaya memenuhi tiga elemen fitnah yang dilemparkan pemimpin DAP itu, empat tahun lalu.

Peguam mewakili Zakir, Daruk Akberdin Abdul Kader menerangkan Zakir yang menghadiri prosiding menerusi platform Zoom, kini berada di Nigeria untuk majlis ceramah sehingga 5 November.

Pada Oktober dan Disember 2019, Zakir memfailkan dua saman berasingan mendakwa Ramasamy mengeluarkan lima kenyataan memfitnahnya.

Dalam pernyataan tuntutan, beliau mendakwa Ramasamy memfitnahnya pada 10 April 2016, dengan memanggilnya ‘syaitan’ dalam laman Facebook.

Dr Zakir yang bertaraf Penduduk Tetap berkata, Ramasamy memfitnahnya dalam satu lagi kenyataan disiarkan portal berita pada 1 Oktober 2017, dengan mendakwa Malaysia melindungi apa didakwanya sebagai pelarian dari India.

Beliau juga mendakwa pada 11 Ogos 2019, Ramasamy memanipulasi ucapan dibuatnya pada satu majlis anjuran kerajaan Kelantan, diterbitkan portal berita, pada hari sama.

Pada 20 Ogos 2019, Ramasamy sekali lagi dikatakan memfitnah Dr Zakir dalam kenyataan mengandungi kebencian.

Saman kedua Zakir dibuat kerana mendakwa Ramasamy memfitnahnya apabila mengulas berhubung kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang disiarkan portal berita pada 8 November 2019.

 

 

Sumber Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top