Umum

Jumlah mangsa banjir di Terengganu makin berkurangan

Jumlah mangsa banjir di Terengganu semakin berkurangan dengan merekodkan sejumlah 25,895 orang pada pagi Jumaat berbanding 26,484 orang pada tengah malam Khamis.

Setakat ini 181 pusat pemindahan sementara (PPS) masih diaktifkan bagi menempatkan 6,844 keluarga dari seluruh daerah yang terjejas banjir.

Bagaimanapun, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), sehingga jam 8 pagi ini tiga daerah menunjukkan pertambahan mangsa banjir iaitu Kuala Terengganu (2,503), Kuala Nerus (3,561) dan Dungun (5,201).

Tiga daerah yang sebelum ini merekodkan jumlah mangsa banjir antara yang tertinggi menunjukkan penurunan iaitu Kemaman (5,439), Besut (4,309) dan Hulu Terengganu (3,567)

Sementara itu, dua daerah lagi iaitu Setiu, dan Marang tidak merekodkan perubahan dengan mencatatkan seramai 1,118 dan 197 mangsa.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut memberitahu, keadaan cuaca diramal semakin baik di seluruh Terengganu namun masih terdapat hujan di beberapa kawasan. – Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top