Umum

Tanah runtuh Batang Kali: 30 mangsa ditemui setakat ini, tiga masih hilang

Pasukan SAR menemui empat mayat mangsa di kawasan pencarian Sektor C pagi ini, susulan tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali.

Cuaca hujan lebat dan tanah lembut menjadi faktor utama yang menyukarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketujuh.

Kesemua tujuh anjing pengesan, empat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), dua daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan seekor daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat keluar daripada lokasi kejadian sekitar jam 2.15 petang Khamis.

PALING POPULAR

To Top