Umum

Kemas kini Amaran Hujan Berterusan, Met Malaysia

Gambar Hiasan

MET Malaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan (Buruk & Waspada) yang melibatkan negeri Kelantan,Terengganu, Pahang, Kedah, Perak dan Pulau Pinang berkuatkuasa sehingga 23 November 2023.

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora turut dikemas kini berkuatkuasa sehingga 21 November 2023, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Meteorologi.

Menurutnya, berdasarkan analisis model-model cuaca,luruan monsun dijangka berlaku sehingga 22 November, manakala, satu sistem tekanan rendah dijangka terbentuk di Selat Melaka utara pada 22 hingga 23 November.

Katanya, “keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di pantai timur dan utara Semenanjung.”

“Pada masa yang sama, angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di Laut China Selatan,” tambahnya.

“Sementara itu, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku negeri-negeri lain dalam tempoh berkenaan,” ujarnya.

Beliau menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

PALING POPULAR

To Top