Buletin

Kajol Bakal Tampil Di Jalan Masjid India Petang Ini

Pelakon Bollywood popular, Kajol, dilaporkan bakal akan berada di hadapn Jajel Mall, Jalan Masjid India jam 6 petang ini untuk mempromosikan filem baru lakonannya Velaiilla Pattadhari 2.

Memetik laporan Utusan online, pelakon yang popular menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai itu, akan mengadakan temu bual dengan beberapa saluran televisyen tempatan bagi mempromosi VIP2 dan bertemu dengan peminat.

Pengarah Urusan Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer yang mendapat hak mengedar filem tersebut di Malaysia berkata, antara faktor utama dia berminat dengan VIP2 kerana penampilan Kajol dalam filem tersebut.

“Saya tahu orang Malaysia suka Kajol dan pasti nak menonton lakonannya lagi selepas Dilwale. Lagipun filem ini diarah oleh anak Rajinikanth yang merupakan kenalan saya,” katanya.

Filem yang disiarkan dalam tiga bahasa, Tamil, Hindi dan Telegu itu akan menemui penonton di pawagam Ogos ini.

SUMBER

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top