Umum

KDN beri MyEG lanjutan 2 tahun lagi bagi perkhidmatan berkaitan imigresen

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan lanjutan selama 2 tahun kepada

My E.G. Services Bhd (MyEG) bagi perkhidmatan berkaitan imigresen dengan anggaran nilai bagi lanjutan itu bergantung kepada bilangan transaksi yang dilakukan dalam tempoh tersebut.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada hari Selasa, MyEG menjelaskan sebahagian daripada keperluan berdasarkan lanjutan itu adalah keperluan menyiapkan peningkatan sistem.

MyEG akan menerima semula permohonan bagi perkhidmatan berkaitan imigresen selepas penambahbaikan sistem ini selesai, dan syarikat akan mengumumkan tarikhnya dalam masa terdekat.

Perjanjian bagi lanjutan itu akan ditandatangani kemudian, menurutnya.

“Lembaga pengarah berpendapat lanjutan itu adalah demi kepentingan syarikat dan dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023 dan seterusnya,” tambahnya.

Dalam kenyataan berasingan, MyEG mengumumkan pelancaran Tawaran Awal Bursa (IEO) oleh Zetrix di bursa mata wang kripto, Coinstore, dari 18 hingga 26 Okt, 2023.

Zetrix, satu inisiatif oleh MyEG, adalah Lapisan 1 infrastruktur blockchain awam yang memanfaatkan blockchain dan kecerdasan buatan (AI) untuk memperkasakan kerajaan serta perusahaan dalam mendigitalkan perdagangan global.

Beliau berkata secara asasnya, langkah itu membolehkan pengguna Zetrix mengakses secara eksklusif dan langsung kepada ekonomi digital China bernilai 50.2 trilion yuan (RM32.5 trilion).

PALING POPULAR

To Top