Umum

PSM komited sedia stadium taraf dunia untuk Harimau Malaya

Gambar FB Hannah Yeoh

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) komited untuk menyediakan stadium dengan padang bola sepak bertaraf dunia bagi kegunaan skuad Harimau Malaya.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata beliau percaya Stadium Nasional Bukit Jalil di bawah pemantauan kontraktor yang mempunyai kemahiran berkaitan rumput jenis Zeon Zoysia akan membuahkan hasil padang yang sempurna untuk pembangunan bola sepak di negara.

Katanya, sebuah tapak semaian rumput Zeon Zoysia turut disediakan bersekali dengan Stadium Nasional.

Selain mengendalikan penanaman dan penyelenggaraan rumput di Stadium Nasional, kontraktor itu juga merupakan kontraktor Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, milik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), katanya.

“Sebarang pembaikan rumput di padang Stadium Nasional tidak melibatkan kos tambahan kerana adanya tapak semaian yang telah disediakan sebagai sebahagian daripada perancangan penyelenggaraan padang,” katanya pada hari Rabu.

Mengulas lanjut, Hannah berkata usaha dalam mengimbangi keperluan pasukan Harimau Malaya dengan pemeliharaan dan pertumbuhan rumput Zeon Zoysia merupakan tugas yang tidak boleh diambil mudah.

Terdahulu, rumput di padang Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi topik perbincangan pelbagai pihak susulan keadaannya semasa perlawanan pembukaan Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia dan India.

Seh7bungan itu, PSM telah memberi jaminan bahawa masalah itu akan dapat diatasi dan akan pulih sepenuhnya menjelang aksi Harimau Malaya pada pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 yang dijadual bermula bulan depan.

PALING POPULAR

To Top