Umum

Update Jerebu, 4 kawasan catat IPU tidak sihat

Gambar Hiasan

Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini dengan Klang di Selangor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 155.

3 lagi kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat adalah Seri Manjung, Perak, dengan bacaan 123, Tangkak, Johor, dengan bacaan 119 dan Petaling Jaya, Selangor, dengan bacaan 107.

Sejumlah 54 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana manakala 10 kawasan mencatat bacaan IPU baik.

Bacaan IPU diklasifikasi sebagai kualiti udara baik sekiranya bacaan adalah 0 sehingga 50, sederhana untuk bacaan 51 sehingga 100 dan tidak sihat untuk bacaan 101 sehingga 200.

Bagi bacaan dari 201 hingga 300 ia diklasifikasikan sebagai sangat tidak sihat dan untuk IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

PALING POPULAR

To Top