Umum

Kebakaran di Uptown Kota Damansara

Gambar Facebook

Puluhan lot kedai di Uptown Kota Damansara, Selangor mengalami kerosakan akibat kebakaran pada jam 8.30 malam ini (Isnin), bagaimanapun tiada kehilangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 8.34 malam.

“Anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Kota Anggerik, Damansara dan Petaling dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan kerja pemadaman,” katanya

Menurutnya, kebakaran yang melibatkan lebih 20 khemah serta sebuah lot menempatkan pusat gimnasium berjaya dikawal pada jam 9.06 malam.

“Kita juga sedang menjalankan siasatan untuk menentukan jumlah sebenar unit kedai yang musnah dalam kebakaran ini,” katanya.

“Difahamkan kesemua peniaga berjaya menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku.

“Punca sebenar serta kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

 

 

PALING POPULAR

To Top