Umum

Polis mengesan lelaki yang kencing di tiang tempat letak kereta

Polis mengesan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh dengan membuang air kecil pada tiang di dalam parkir di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya Khamis lalu.

Rakaman tersebut yang telah tular di media sosial mengundang pelbagai reaksi yang mengecam tindakan lelaki tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, suspek terlibat merupakan seorang lelaki warga tempatan dan siasatan yang dijalankan berdasarkan video tular berkenaan telah mengenal pasti identiti suspek terlibat.

“Suspek sedang dikesan untuk siasatan lanjut berkaitan kejadian,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

PALING POPULAR

To Top