Umum

Kenapa tak tangkap The 1975 macam polis tangkap Sanusi’

Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin semasa ceramah malam tadi mempersoalkan mengapa kerajaan tidak menangkap anggota kumpulan British The 1975 seperti yang mereka lakukan terhadap menteri besar sementara Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Katanya, polis telah mencekup Sanusi pada awal suboh  kerana “salah sikit” tetapi ahli kumpulan band itu tidak ditahan walaupun melakukan banyak kesalahan.

“Saudara saya, Sanusi buat salah sikit pukul 3 pagi (kena) tangkap.

“Kumpulan (The 1975) ini saya tidak tahu bila polis dah tangkap. Buat macam-macam kesalahan. Tak tangkap pun.

“Inilah kerajaan yang ada, kerajaan double standard. Sebab tu kita tidak mahu kerajaan ini wujud lagi,” katanya.

Hamzah, yang juga adalah setiausaha agung Bersatu berkata demikian pada ucapannya semasa pelancaran jentera pilihan raya Perikatan Nasional di keusi DUN Sungai Burong dan Permatang, di Tanjong Karang, Selangor, malam tadi.

Dia merujuk persembahan vokalis The 1975 Matty Healy di Sepang pada Jumaat lalu yang memperlekehkan undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). 

Menurut penyanyi itu, dia telah membuat kesilapan dengan hadir ke ke negara yang “memberitahu kami dengan siapa kami boleh melakukan hubungan seks” kerana tidak menyemak apabila kumpulan itu membuat tempahan konsert di Malaysia

Healy seterusnya mencium rakan kumpulannya Ross MacDonald, yang merupakan seorang lelaki, di atas pentas.

Dia turut dilihat minum dari botol yang dipercayai berisi minuman beralkohol serta didakwa meludah dan merosakkan kamera dron pihak penganjur.

Hamzah, yang adalah bekas menteri dalam negeri, berkata dia tidak pernah membenarkan kumpulan kontroversi seperti 1975 masuk ke Malaysia semasa berkuasa.

Kerajaan, tambahnya, sepatutnya menolak permohonan kumpulan itu sejak awal lagi.

Sumber: MalaysiaKini

PALING POPULAR

To Top