Umum

Kenderaan dinaiki 2 lelaki hanyut arus banjir

Gambar JBPM

Sebuah kenderaan yang dinaiki 2 lelaki di hanyut arus dalam sebuah kejadian di Kampung Sija, Pekan pada petang Khamis.

Menurut Ketua BBP Peramu, Wan Syamsul Effendi Wan Mahmud, mangsa terlebih dahulu berjaya menyelamatkan diri apabila sempat keluar dari kenderaan yang dihanyutkan.

9 anggota BBP Peramu telah bergerak ke lokasi untuk bantuan menyelamat setelah menerima maklumat kejadian pada jam 5.08.

“Ketika tiba di lokasi mendapati kedua-dua mangsa terperangkap dalam banjir setelah keluar dari kenderaan yang dihanyutkan.

“Mangsa diselamatkan apabila berjaya dibawa keluar dari kawasan banjir ke tempat selamat menggunakan bot, ” katanya.

Wan Syamsul Effendi berkata, kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa juga dibantu dibawa ke Balai Polis Pekan bagi tujuan membuat laporan polis,” katanya.

PALING POPULAR

To Top