Umum

Wanita ditahan guna kad debit bukan miliknya

Gambar Hiasan

Seorang wanita berusia 44 tahun ditahan polis kerana disyaki menyalahgunakan kad debit individu lain pada Rabu lepas.

Menurut Ketua Polis Brickfields Amihizam Abdul Shukor, wanita itu ditahan pada 7.45 malam oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Brickfields.

Katanya, polis mengesan satu kenyataan di Facebook oleh seorang penjawat awam lelaki berusia 35 tahun mengenai dakwaan kehilangan kad debit.

“Hasil semakan mendapati terdapat dua transaksi pengeluaran daripada akaun miliknya pada 24 hingga 25 Dis lepas tanpa pengetahuan mangsa, melibatkan kerugian RM4,400,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Amihizam berkata, kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes ini.

PALING POPULAR

To Top