Umum

Kerajaan henti inisiatif Muhyiddin lupus hutang peneroka RM8.3 bilion – Azalina

Kerajaan sedang menghentikan inisiatif dimulakan oleh pentadbiran bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dalam memansuhkan sebahagian daripada pinjaman peneroka Felda.

“Kerajaan tidak akan dapat meneruskan pelupusan pinjaman peneroka Felda lagi kerana ia telah memberi kesan besar kepada aliran tunai Felda,” katanya dalam jawapan di Parlimen semalam.

Beliau menjawab soalan Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau), yang bertanya sama ada Putrajaya akan meneruskan pelupusan pinjaman kepada peneroka Felda.

Beliau berkata, kutipan untuk bayaran balik pinjaman perlu diteruskan kerana ia merupakan sumber pendapatan Felda bagi memastikan kelestariannya dan kebajikan peneroka.

Kutipan seperti itu daripada peneroka dijangka membentuk 10.8% daripada jumlah hasil Felda untuk 2023, katanya.

Pada Julai 2021, Muhyiddin mengumumkan pentadbirannya bersetuju untuk melupuskan sebahagian daripada pinjaman peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion, tertakluk kepada syarat tertentu.

Ini termasuk pinjaman untuk latihan penanaman semula (92,441 peneroka), baja (52,180 peneroka), saham FGV Holdings Bhd (38,043 peneroka), dan modal pembangunan (6,711 peneroka).

Muhyiddin dilaporkan berkata, pelupusan itu mengurangkan beban pinjaman kepada peneroka sebanyak 80%.

Beliau menambah isu pinjaman itu perlu “diperbetulkan terlebih dahulu untuk memudahcarakan proses penjanaan semula Felda”, dan ia juga perlu agar ia bangkit semula dan setanding dengan perladangan antarabangsa yang lain.

Azalina berkata, Felda akan terus membantu peneroka dengan inisiatif lain yang sedia ada bagi memastikan hutang peneroka tidak terus meningkat.

Sumber: FMT Malaysia

PALING POPULAR

To Top