Umum

Kerajaan kenakan cukai cecair ke atas rokok elektronik

Walaupun rokok elektronik atau vape belum sah disisi undang-undang tetapi kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.

Menurut, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrhim pelaksaan cukai ini dilakukan berikutan penjualan secara berleluasa yang dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion.

“Alangkah baiknya sekiranya dikawal selia dan dikenakan cukai supaya tidak menggalakkan penggunaan vape,” katanya ketika sesi pembentangan Bajet 2023 di parlimen pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Anwar Ibrahim menyatakan, pihaknya menyokong penuh pelaksanaan Generational End Game (GEG) selain bersetuju untuk menyalurkan hasil cukai berkenaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Langkah itu katanya bagi meningkatkan mutu kualiti perkhidmatan kesihatan dan sokongan terhadap kempen anti rokok dan sebagainya dengan lebih berkesan.

PALING POPULAR

To Top