Buletin

Koleksi Mak Cun Jadi Perhatian Fesyen Antarabangsa

Baru-baru ini, pelakon dan pengarah terkenal Erma Fatima berpeluang menyertai sebuah pertunjukan fesyen di Torino, Itali menerusi koleksi pakaiannya sendiri iaitu Mak Cun Collection.

Pakaian Muslimah yang mengangkat tema flora dengan gabungan pelbagai warna itu cukup mendapat perhatian sehingga Erma menjadi buruan wartawan untuk menemubualnya.

Rata-rata peminat Mak Cun tidak henti-henti mengucapkan tahniah kepada Erma Fatima dan jenama Mak Cun Collection.

Sebuah portal iaitu New York Transatlantic juga menyenaraikan koleksi Mak Cun sebagai antara pilihan terbaik.

Portal itu menulis, koleksi Mak Cun menampilkan kemewahan daripada fabrik batik tetapi kelihatan ringkas dan menarik.

“Rekaan dipersembahkan Erma Fatima memfokuskan kepada keaslian dan kemodenan dengan warna-warni daripada fabrik batik yang menampakkan mewah tetapi ringkas,” tulis portal itu.

Sumber: Malaysian Digest

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top