Umum

KPM akan jumpa keluarga mangsa buli MCKK

Gambar Hiasan

Kementerian Pendidikan (KPM) akan bertemu dengan keluarga kepada pelajar mangsa buli di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada minggu depan.

Menurut Timbalan Menterinya Lim Hui Ying pihaknya telah menghubungi keluarga pelajar tersebut bagi mengatur pertemuan.

Menurut laporan di FMT sebelum ini, ibu kepada mangsa buli di MCKK menyuarakan kekecewaan kerana kekurangan maklum balas daripada KPM berhubung kes terbabit selain ketiadaan pertemuan kedua dicadangkan.

Wanita hanya mahu dikenali Puan F itu mendakwa beliau ada bertemu pegawai KPM sebaik kejadian itu berlaku selain polis dan pentadbir sekolah, namun tiada sebarang maklumat diberikan.

Sebelum ini, media sosial digemparkan dengan isu yang tular berkaitan seorang pelajar Tingkatan 4 MCKK yang cedera apabila diserang sekumpulan pelajar senior sekolah itu pada September lalu.

Keluarga mangsa telah mendesak pihak sekolah mengambil tindakan buang sekolah terhadap pelajar yang terlibat membuli.

Baru-baru ini, sebuah media melaporkan kenyataan Ketua Polis Perak Yusri Hassan Basri yang mengesahkan kertas siasatan kes dihantar ke Jabatan Peguam Negara, pada minggu lepas.

Difahamkan, berdasarkan penemuan siasatan, polis melihat bahawa kes berkenaan boleh dituduh di mahkamah.

 

 

Sumber FMT

PALING POPULAR

To Top