Umum

Tiada sebarang pendakwaan terhadap Taib Mahmud

Gambar UKAS

SPRM mengesahkan tiada sebarang pendakwaan kes rasuah terhadap bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Menurut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, pihaknya pernah melakukan siasatan terhadap Abdul Taib sebelum ini, namun ia tidak sampai kepada proses pendakwaan.

“Dalam setiap kes kami, saya jamin kita akan siasat semua kes dan jika ia berkait dengan individu berprofil tinggi di Sarawak, di negeri ini, kes itu sebenarnya telah dipanjangkan kepada Jabatan Peguam Negara, dan Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan tiada tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta pada sesi Forum Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Sarawak pada hari Rabu.

PALING POPULAR

To Top