Buletin

Lambat Balas Whatsapp, Tunang Digelar Babi Anjing

Belum lagi berkahwin, seorang wanita dimaki hamun oleh tunangnya hanya kerana wanita tersebut tidak membalas kiriman teks dan tidak menjawab panggilan telefon.

Kisah itu dikongsikan oleh seorang pengguna di Facebook rasmi, Kisah Rumah Tangga agar netizen boleh membantunya menyelesaikan masalah menimpa dirinya.

“Salam admin tolong hide FB, saya nak tanya pendapat damin dan semua pembaca.

“Tunang saya seorang yang sangat panas baran dan terlalu cemburu, suka memaki hamun. Saya jadi fobia nak angkat panggilan telefon sedangkan kami duduk berjauhan.”

Rata-rata netizen berang dengan layanan biadap lelaki tersebut terhadap tunangnya. Sedangkan wanita tersebut belum lagi menjadi hak miliknya yang sah.

Ada juga yang memberi nasihat agar wanita tersebut berfikir panjang sebelum berumahtangga dengan lelaki tersebut.

“Ketika bercinta dan bertunanglah waktu paling manis, kalau sekarang sudah begini macam mana kalau sudah tinggal bersama?”

“Langkah keselamatan jauhi bakal suami anda. Kelak sesudah berkahwin pasti anda jadi punching bag dia.”

Sumber: Astro Gempak & Kisah Rumah Tangga

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top