Buletin

KAJIAN: Rakyat Malaysia Belanja RM6.8b Untuk Telefon Pintar

Menurut kajian organisasi penyelidikan pemasaran terbesar Jerman, GfK, rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM6.8 bilion untuk membeli telefon pintar tahun lepas.

Kajian menunjukkan peningkatan jualan ketara daripada RM5.4 bilion pada 2015, dengan kenaikan terbesar disumbangkan oleh model telefon pintar pertengahan yang berharga di antara RM900 ke RM1,050.

“Telefon pintar berjenama dari China merupakan pemacu utama kepada peningkatan permintaan peranti mudah alih tahun lepas, yang mana ia juga mencatatkan jumlah tertinggi jenama telefon pintar baharu memasuki pasaran.

“Dengan peningkatan rangkaian mudah alih baru-baru ini, pengguna di negara ini sering menggunakan telefon pintar mereka bagi aktiviti seperti membeli-belah dalam talian, media sosial dan pencarian umum dalam internet,” katanya.

Aplikasi membeli-belah juga semakin popular serta turut membuka laluan kepada pembayaran mudah alih.

Bernama

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top