Umum

Lelaki hilang, dikhuatiri dibaham buaya

Gambar Facebook

Seorang lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika menangkap ikan di tebing Sungai Semeruang, Bangkong di Pantu, dekat Sri Aman.

Menurut laporan media, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, dalam kejadian 5 petang Ahad itu, Lawrence Adi Raynold, 32, bersama tiga rakannya menangkap ikan di tebing sungai.

“Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman menerima panggilan daripada IPD Sri Aman berhubung insiden itu pada 7.30 malam,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, pencarian mangsa dimulakan 8 pagi ini kerana tidak selamat melakukan usaha mencari dan menyelamat mangsa disebabkan hari sudah gelap semalam.

 

 

PALING POPULAR

To Top