Umum

Van pelancong Thailand tidak dibenarkan masuk negara

Gambar Hiasan

Pengusaha van pelancong di Thailand tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan mereka bagi mengelakkan industri bas ekspres di negara terjejas.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, terdapat antara pengusaha terbabit mengambil peluang membawa penumpang dalam negara selain membawa pelancong mereka.

“Mereka akan singgah untuk mengambil penumpang di dalam negara dan pergi sehingga ke Kuala Lumpur atau mana-mana destinasi melalui Kelantan,” katanya selepas Majlis Perasmian Operasi Fasa 1 Projek Pembesaran dan Menaiktaraf LTSIP, pada hari Isnin.

Bagaimanapun, beliau turut berkata, tiada masalah bagi bas dari Thailand yang mahu memasuki negara melalui pakej yang disediakan, tetapi perlu membuat permohonan dengan Agensi Pengakutan Awam Darat (APAD) terlebih dahulu untuk mendapatkan permit.

“Tiada had yang ditentukan untuk kemasukan bas tetapi syarikat bas terbabit perlu mengemukakan maklumat lengkap seperti pakej pelancongan bilangan penumpang dan lokasi penginapan,” katanya.

Terdahalu, media melaporkan kerajaan negeri Kelantan memohon kelonggaran permit bas pelancong dari Thailand dengan Kementerian Pengangkutan untuk kemasukan kenderaan itu ke negeri ini sempena Tahun Melawat Kelantan 2024.

PALING POPULAR

To Top