Umum

Lim Kit Siang tidak mahu digelar Tan Sri, cukuplah sekadar Kit

Walaupun, sudah mendapat gelaran Tan Sri selepas menerima darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Namun, dalam satu hantaran di Facebook beliau mengatakan bahawa lebih suka dipanggil dengan nama ‘Kit’.

“Terima kasih semua atas ucapan tahniah. Saya masih lebih suka semua orang memanggil saya Kit sahaja,” tulis beliau secara ringkas.

Kit Siang merupakan antara 25 individu dikurniakan darjah kebesaran PSM yang membawa gelaran Tan Sri.

PSM merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Kedua. Darjah Kebesaran ini membawa gelaran Tan Sri manakala isteri penerima bergelar Puan Sri. 

Darjah kebesaran itu mempunyai had keanggotaan seramai 1,000 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

Sumber FB: Lim Kit Siang 

PALING POPULAR

To Top