Umum

Amirudin angkat sumpah Menteri Besar Selangor

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari selesai mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor ke-16 di Istana Alam Shah, di sini, hari ini.

Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah itu dilakukan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bermula jam 11 pagi.

Terdahulu, Amiruddin, 43, tiba di perkarangan Balai Rung Seri Istana Alam Shah sekitar jam 10.00 pagi bersama isterinya, Datin Seri Masdiana Muhamad.

Majlis istiadat angkat sumpah jawatan dan ikrar aku janji pagi ini turut disaksikan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin; Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan pembesar-pembesar negeri.

Sementara itu, Istiadat Angkat Sumpah Exco Kerajaan Negeri Selangor pula akan diadakan di Balairung Seri, Istana Alam Shah pada jam 2 petang ini.

Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri Selangor selepas menang 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri pada 12 Ogos lepas.

Sumber: Astro Awani

PALING POPULAR

To Top