Umum

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang terima gelaran Tan Sri

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang merupakan antara 839 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena hari jadi rasmi Yang di-Pertuan Agong, hari ini.

Difahamkan, Kit Siang, 82, yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di tujuh kawasan sejak 1969 hingga 2022, adalah pemimpin DAP pertama yang dianugerahkan dengan gelaran berkenaan.

Gelaran itu ialah darjah kebesaran persekutuan kedua tertinggi, selepas Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara, Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran Tun.

PALING POPULAR

To Top