Umum

Mangsa banjir di 5 negeri terus meningkat, cecah 72, 297 orang

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di 20 daerah di lima negeri terus menunjukkan peningkatan hingga kini mencecah 72,297 orang terdiri daripada 20,346 keluarga, setakat jam 6 pagi Rabu.

Negeri yang terjejas melibatkan Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Berdasarkan laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Terengganu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi melibatkan 40,456 orang daripada 11,197 keluarga.

Kelantan pula merekodkan sejumlah 31,487 mangsa melibatkan 9,055 keluarga manakala 252 mangsa daripada 62 keluarga di Pahang.

Sementara itu di Perak, seramai 54 mangsa daripada 17 keluarga yang terjejas dengan banjir dan di Johor pula mencatatkan 48 mangsa melibatkan 15 keluarga.

Sumber: Sinar Harian

PALING POPULAR

To Top