Umum

Mangsa ditetak kawan kerana enggan memberi wang untuk dipinjam

Seorang lelaki ditetak menggunakan parang oleh kawannya sendiri dalam kejadian berdekatan sebuah klinik di Pekan Bukit Pelandok, Port Dickson hari Isnin.

Kejadian dipercayai berlaku kerana mangsa tidak

memberikan wang untuk dipinjam oleh suspek yang berusia 33 tahun.

Menurut laporan di Kosmo, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham berkata, suspek berusia 33 tahun itu ditahan polis awal pagi tadi iaitu kurang 24 jam selepas kejadian di sebuah rumah di Taman Murni, Chuah di sini pada pukul 1.15 pagi tadi.

Katanya, mangsa dan suspek merupakan kawan dan punca kejadian ekoran mangsa enggan memberi suspek meminjam wang. Akibatnya, suspek dalam keadaan pengaruh alkohol menyerang mangsa menggunakan senjata parang.

Jelasnya, siasatan mendapati suspek mempunyai 12 rekod lampau melibatkan kes jenayah serta dadah dan masih dikehendaki bagi satu kes dadah.

Tambahnya lagi, ujian saringan air kencing yang telah dijanlankan mendapati suspek positif dadah Methamphetamine.

Suspek twlah dibawa ke Mahkamah Majisteret Port Dickson dan permohonan reman diluluskan selama 6 hari sehingga 12 November.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya

PALING POPULAR

To Top