Umum

Masak mi segera di stesen minyak, 15 individu ditahan polis

15 individu ditahan polis berkaitan siasatan kes memasak di stesen minyak yang kini menular di media sosial.

Menurut Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, 10 lelaki dan 5 wanita itu ditangkap selepas hadir ke IPD Bentong.

Dilaporkan media, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 14 Mei yang lalu.

Mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.

Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kegusaran kepada orang awam.

Kes juga disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

Terdahulu tular di media sosial sebuah video bedurasi kira-kira 1 minit yang memaparkan aktiviti sekumpulan memasak mi segera di kawasan sebuah stesen minyak di Genting Highlands.

 

 

PALING POPULAR

To Top