Umum

Mayat lelaki dijumpai semasa pembersihan sungai

Gambar Hiasan

Mayat seorang lelaki telah dijumpai semasa kerja pembersihan sungai sedang dilaukuan di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Betis, Gua Musang pada hari Selasa.

Mayat tanpa identiti itu dipercayai lemas dan dihanyut arus.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu pada sekitar jam 9 pagi selepas menerima panggilan daripada orang awam.

Berikutan panggilan itu, anggota polis digerakkan ke lokasi untuk membuat pemeriksaan, yang membawa kepada penemuan bahawa mayat itu lemas dan dihanyut arus.

Menurut laporan media, beliau berkata “pemeriksaan awal pada tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan pecah di bahagian kepala dan kaki.”

Polis tidak menolak kemungkinan kecederaan pada tubuh mangsa akibat terkena batu dan kayu yang terdapat di sungai tersebut.

Beliau turut memaklumkan identiti mangsa belum dikenal pasti dan siasatan ke atas mayat mendapati tiada unsur jenayah.

Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

PALING POPULAR

To Top