Umum

Mayat reput ditemui di Pangkor Laut

Gambar PDRM

Satu mayat tanpa identiti ditemukan reput di perairan Pangkor Laut pada hari Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, maklumat diterima sekitar jam 12.18 tengah hari dan anggota polis Balai Pulau Pangkor bersama anggota Polis Marin Kampung Acheh diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Mangsa memakai seluar jean berwarna biru serta baju merah. Pemeriksaan lanjut tidak menjumpai dokumen pengenalan diri dan jantina mayat belum dikenal pasti.

“Mayat tersebut dipercayai berada di laut sejak dua minggu lalu berdasarkan keadaannya yang telah reput dan pakaian berlumut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Mayat tersebut dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk dibedah siasat.

“Siasatan lanjut dijalankan bagi mengetahui punca kematian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung ditalian 05-6886222 bagi membantu siasatan,” katanya.

PALING POPULAR

To Top