Umum

LHDN Pulau Pinang berpindah ke premis baharu bermula 15 Disember

Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Pulau Pinang yang sedang beroperasi di Bangunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Wisma MTT dan Bangunan Majlis Amanah Rakyat (MARA), di Pulau Pinang, akan ditutup bermula hari Jumaat, 15 Disember 2023.

Dalam kenyataannya hari ini, LHDN memaklumkan bahawa operasi agensi itu kini akan dijalankan di premis baharu di No 2 Lebuh Sungai Pinang, Bandar Jelutong di sini mulai 18 Dis, 2023.

“Para pelanggan adalah digalakkan untuk membuat e-janji temu menerusi pautan pantas https://ejanjitemu.hasil.gov.my/appointment/index bagi urusan percukaian, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Duti Setem.

“Para pelanggan turut disaran menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan disediakan secara dalam talian melalui gerbang perkhidmatan Portal MyTax (https://mytax.hasil.gov.my) sebagai alternatif bagi sebarang urusan pencukaian LHDN,” katanya.

Menuutnya, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh dibuat menerusi Care Line di talian 03-89111000 dan 603-89111100 bagi luar negara dan di portal rasmi pautan pantas di https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/.

PALING POPULAR

To Top