Umum

Menteri Kesihatan berkata kes jangkitan Covid masih terkawal

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad menyatakan kes jangkitan Covid-19 masih kekal terkawal, dengan kadar kemasukan pesakit ke hospital dan kadar kematian kekal rendah iaitu 0.5% dan 0.08% antara 17 hingga 23 Disember 2023.

Menurut beliau kebanyakan kes Covid-19 melibatkan gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.

Katanya, Omicron kekal menjadi varian utama yang sedang menular dengan sub variannya adalah XBB.1.16, XBB.1.5, EG.5 dan termasuk JN.1.

“Bagaimanapun, diketahui (varian Omicron) tidak menyebabkan kes yang lebih teruk,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, Dzulkefly menggalakan kumpulan rentan seperti warga emas, individu mempunyai penyakit kronik, individu imuniti rendah memakai pelitup muka semasa berada di tempat sesak atau menaiki pengangkutan awam.

“Dengan komitmen semua, situasi Covid-19 di negara ini akan kekal terkawal,” katanya.

Terdahulu, pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51) iaitu bagi tempoh 17 hingga 22 Disember,

Kes Covid-19 meningkat sebanyak 29.5% kepada kepada 22,413 kes berbanding 17,307 kes direkodkan pada minggu sebelumnya.

Pada 25 Disember lalu, Johor melaporkan satu kematian akibat Covid-19 pada ME51.

PALING POPULAR

To Top