Umum

Muhyiddin Yassin adakan lawatan ke Kuala Terengganu bagi program jelajah Mega PN BEST

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini turun ke Kuala Terengganu bagi menghadiri beberapa mesyuarat dan program Perikatan Nasional (PN) Negeri Terengganu sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau meluahkan rasa syukur apabila diberitahu bahawa pembahagian kerusi bagi PRN di Terengganu telah lama selesai dan ketika ini tumpuan diberikan sepenuhnya kepada persiapan logistik dan operasi.

“Saya dimaklumkan jentera pilihan raya PN juga sudah mula bergerak di seluruh negeri sejak Dewan Undangan Negeri Terengganu dibubarkan pada 28 Jun lalu”, ujarnya.

Selain, dari menghadiri mesyuarat di sana beliau juga berkesempatan untuk menghadiri majlis perkahwinan Ahli Jawatankuasa Armada Bersatu Negeri Terengganu Muhammad Khalil Fakri dan pasangannya Siti Nur Aishah Yahya.

“Saya mengucapkan tahniah dan terima kasoh atas undangan. Saya doakan semoga Muhammad Khalil dan isteri diberi kebahagaian dalam melayari kehidupan berumahtangga”.

Beliau turut mengambil peluang menziarahi YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan juga menziarahi isteri kepada YB Datuk Seri Rosol Wahid, Toh Puan Halipah Ahmad yang sedang dirawat di HSNZ.

“Saya doakan Tuan Guru Haji Abdul Hadi terus diberi kesihatan dan Toh Puan Halipah diberi kesembuhan segera, insya-Allah”.

PALING POPULAR

To Top