Umum

Lelaki maut terjatuh kondominium setelah menikam isteri

Gambar Hiasan

Seorang lelaki warga Indonesia berusia 44 tahun maut terjatuh dari tingkat 17 sebuah kondominium, selepas dipercayai menikam isterinya ketika pertengkaran antara pasangan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah, kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira jam 11.15 pagi.

“Siasatan mendapati pertengkaran pada mulanya berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan mangsa.

“Suspek kemudian bertindak menikam mangsa di bahagian dada dan lari ke arah balkoni sebelum dipercayai terjatuh dari tingkat 17 kondominium berkenaan,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Suspek kemudian ditemui maut berhampiran kolam renang di tingkat bawah.

“Mangsa berumur 37 tahun yang mengalami kecederaan akibat ditikam itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

PALING POPULAR

To Top