Umum

Najib sedih, sangat kecewa permohonan ditolak

Riak wajah Datuk Seri Najib Razak cukup menggambarkan betapa beliau kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa, yang menolak permohonan untuk memasukkan bukti tambahan berhubung peranan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dengan Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, permohonannya untuk memasukkan bukti itu mempunyai konflik kepentingan yang tinggi kerana ia akan mendedahkan hubungan antara Mohd Nazlan dengan SRC.

“Saya terkejut, sangat kecewa, bukti itu jelas menunjukkan ia mempunyai nilai yang boleh diterima oleh mahkamah tapi ia tidak berlaku.

“Sedangkan Mohd Nazlan mempunyai pengetahuan peribadi yang luas tentang semua transaksi berkaitan dana 1MDB dan SRC,” katanya ketika sidang media di lobi Istana Kehakiman.

Untuk rekod, Mohd Nazlan merupakan hakim yang menjatuhi hukuman terhadap Najib atas tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC, pada 28 Julai 2020 lalu.

PALING POPULAR

To Top