Umum

Nama dikaitkan dengan kes rasuah, pegawai Hamzah lapor polis

Seorang pegawai ketua pembangkang membuat laporan polis terhadap penyebaran maklumat yang mengaitkan Hamzah Zainudin dengan kes rasuah.

Menyifatkan maklumat itu sebagai palsu, Ahmad Ikhwan Fadhli menggesa polis menyiasat “konspirasi” atau “campur tangan” agensi kerajaan untuk mengaitkan Hamzah.

Laporan dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. 

Turut hadir Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Hamzah semalam berkata tindakan memetik namanya dalam pertuduhan terhadap seorang ‘datuk seri’ semalam bertujuan untuk mencemarkan reputasinya.

“Pertuduhan rasuah terhadap individu bernama Sim Choo Thiam menyebutkan bahawa ia membabitkan projek-projek di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) semasa saya menjadi menteri. Malah, pertuduhan tersebut juga menyebutkan nama saya.

“Itulah yang janggal dan menghairankan saya kenapa nama saya disebut sedangkan saya tiada pembabitan langsung.

“Bila diperhalusi keempat-empat pertuduhan tersebut ia menyebut bahawa suapan adalah untuk “mendapatkan apa-apa projek milik agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri”,” katanya.

Sumber: MalaysiaKini

PALING POPULAR

To Top