Politik

Netizen ingin penjelasan yang najib sebenarnya berada di sel Penjara ataupun Kuaters Kompleks Penjara Kajang?

Desas-desus yang tersebar bahawa Dato’ Sri Najib Razak tidak tinggal di dalam sel Penjara tetapi di sebuah rumah di kompleks Penjara Kajang bagaikan tiada penghujung selagi tiada penjelasan dari pihak penjara.

Sebelum ini, Hamzah Zainudin pun enggan memberi sebarang ulasan berhubung dakwaan yang mengatakan bahawa nama Najib Razak ketika ini masih tiada dalam pangkalan data Jabatan Penjara Malaysia.

Sebaliknya, beliau mempersoalkan sama ada maklumat mengenai setiap pangkalan data yang dimiliki oleh pihak penjara selama ini diketahui umum atau sebaliknya.

Rata-rata netizen ingin penjelasan lebih lanjut dari pihak penjara, sama ada beliau betul ke penjara ataupun diberi layanan istimewa.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top