Umum

Muhyiddin Yassin bukan kaki pusing – YB Dr Afif Bahardin

Muhyiddin Yassin disindir sebagai cuba menggantikan bekas perdana menteri Najib Razak sebagai “kaki pusing” oleh Timbalan Ketua Penerangan PKR Chua Wei Kiat

Ini selepas Muhyiddin  berkata Perikatan Nasional (PN) sedia menerima keputusan rakan sekutunya PAS untuk menolak kerjasama dengan PH.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Chua Wei Kiat itu, dibidas oleh Aduh Seberang Jaya, Pulau Pinang, YB Dr Afif Bahardin yang menyelar itu adalah satu tuduhan yang tidak berasa.

Beliau juga mengingatkan, bahawa PKR seharusnya sedar bahawa matlamat mereka hari ini sudah terpesong daripada matlamat perjuangan rakyat dan reformasi yang pernah dipelopori parti itu selama ini.

Tambahan beliau, “PKR ini adalah satu parti yang kemaruk untuk memenuhi keinginaan obsesi individu   untuk bergelar Perdana Menteri”,

“Sehingga sanggup menggadaikan semua prinsip keadilan dan kejujuran dengan bersekongkol dengan kluster mahkamah seperti Najib dan Zahid hamidi”, ujarnya.

Kebangkitan Kemenangan Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden baru-baru ini juga bakal melanjutkan lagi masalah kronik parti ini yang dipimpin oleh mereka yang narsisistik dan yang hanya mahu menggunakan PKR untuk kepentingan diri.

Beliau juga mengingatkan peristiwa pada 16 September 2008, di mana Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai jumlah MP yang mencukupi untuk menjatuhkan kerajaan BN di bawah Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

“Namun, akhirnya Anwar gagal dan membawa kepada kehilangan kuasa Pakatan Rakyat di negeri Perak”.

Tambahn beliau, pada Februari 2020, Anwar Ibrahim juga umumkan beliau mempunyai sokongan penuh untuk menjadi Perdana Menteri dan beliau menyangka boleh menggantikan Tun Mahathir, namun tetap gagal.

Malah pada bulan Oktober 2020, sekali lagi Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan “strong, convincing and formidable” yang kononnya beliau mempunyai sokongan untuk menjadi Perdana Menteri.

Yang paling mengejutkan dan memutar belit adalah audio rakaman antara Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi yang bersekongkol bersama untuk mencapai impian menjadi Perdana Menteri.

Apa yang dapat kita lihat disini bahawa apa yang ditunjukkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah sesuatu yang tidak ada di dalam diri Pengerusi Pakatan Harapan mahupun Rafizi Ramli.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin ini amat mementingkan ke perihatin negara, dan rakyat, ia juga telah terbukti sepanjang beliau memimpin ketika tempoh pandemik tempoh hari.

“Muhyiddin Yassin adalah seorang pemimpin yang prihatin dan berintegriti”, tegas beliau.

PALING POPULAR

To Top