Umum

Operasi penguatkuasaan bersepadu di pasar borong mendapati majikan tidak ikut perintah gaji minimum

Gambar FB JKKP WP KL

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) WP Kuala Lumpur & Putrajaya telah menjalankan Operasi Penguatkuasaan Perburuhan Secara Bersepadu bersama-sama beberapa agensi lain yang diketuai oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) pada 15 November 2023 di salah satu pasar borong di Kuala Lumpur.

Semasa operasi dijalankan, seramai 34 majikan berjaya diperiksa dan didapati beberapa daripadanya melakukan pelanggaran terhadap beberapa perkara di bawah akta yang dikuatkuasakan oleh JTKSM.

Selain itu, didapati juga pelanggaran terhadap akta yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Human Resources Development Corporation (HRDC).

Operasi yang melibatkan seramai 68 orang pegawai penguatkuasa itu mendapati antara kesalahan tersebut adalah termasuk pelanggaran waktu kerja, tidak membayar gaji mengikut Perintah Gaji Minimum dan juga cara bayaran gaji secara tunai dan bukan melalui bank.

Menurut Kementerian Sumber Manusia dalam saru hantaran di Facebook, pihak kementerian bersama jabatan dan agensi berkaitan akan terus mempergiatkan pelaksanaan operasi dan penguatkuasaan selaras perundangan di bawah bidang kuasa yang diperuntukkan.

Katanalya lagi, penguatkuasaan ini perlu dilakukan secara konsisten demi memastikan kebajikan para pekerja dipelihara dan keharmonian perburuhan negara terus diperkasa.

Tambahnya, tindakan penguatkuasaan ini juga adalah perlu bagi membanteras amalan buruh paksa untuk memastikan negara kita bebas daripada amalan buruh paksa menjelang tahun 2030

Operasi yang dijalankan di pasar borong itu dilaksanakan KSM bersama oleh jabatan serta agensi di bawah kementerian itu, antaranya Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), JKKP, Perkeso dan Human Resources Development Corporation (HRDC).

Operasi itu turut disertai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

 

PALING POPULAR

To Top