Umum

Parti PBB mahukan penambahan kerusi Parlimen di Sarawak

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mencadang untuk memohon penambahan jumlah kawasan Parlimen di Sarawak selaras Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PBB, Abang Johari Openg menegaskan penambahan ini juga sejajar laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) yang jelas menyatakan kepentingan suara Sarawak dan Sabah.

“Kita akan mengkaji bukan sahaja untuk kawasan Betong malah untuk seluruh Sarawak dan kita akan adakan satu jawatankuasa di peringkat PBB untuk kita memohon usul tersebut kerana keputusannya ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” jelasnya.

Terdahulu, Naib Presiden PBB Julaihi Narawi (Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak) menyerahkan usul agar bilangan kawasan Parlimen di negeri itu ditambah.

Terkini, daripada 222 kerusi Parlimen, sebanyak 31 kerusi daripadanya adalah di Sarawak, 25 kerusi di Sabah dan selebihnya 166 kerusi di Semenanjung Malaysia.

 

 

Sumber UKAS Sarawak

PALING POPULAR

To Top