Umum

Pelumba Cub Prix Md Izzat dalam keadaan kritikal

Foto Facebook Malaysian Cub Prix

Pelumba motosikal Cub Prix, Md Izzat Zaidi Md Salehan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam satu kemalangan di Litar Bandar Medini, Johor Bahru pada hari Sabtu.

Menurut laporan, pelumba berusia 27 tahun daripada pasukan CKJ Racing Team itu mengalami pendarahan di bahagian peparu serta patah tulang rusuk kirinya.

Pengurus Pasukan CKJ Racing, Amer Saad berkata, Md Izzat sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah selepas menjalani pembedahan pada jam 4 pagi tadi.

Amer turut menyatakan bahawa Izzat masih bergantung 100% pada mesin bantuan pernafasan.

Izzat akan diawasi untuk tempoh 48jam untuk melihat sekiranya masih terdapat pendarahan di peparu.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 26saat yang dipercayai kemalangan membabitkan pelumba itu.

Video tersebut menunjukkan jentera yang ditunggang sewaktu sesi perlumbaan Super-Pole CP150 melanggar penghadang jalan sebelum terbabas merempuh pagar keselamatan di tepi litar.

Foto Instagram elyshanorizal

Turut tular, hantaran isteri Izzat Zaidi di Instagram miliknya ‘elyshanorizal’ yang memohon orang ramai agar mendoakan suaminya yang selesai menjalani pembedahan dan bergantung 100 peratus pada mesin bantuan pernafasan

 

PALING POPULAR

To Top