Umum

PRK Kemaman melibatkan 141,043 pengundi

Gambar Hiasan

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman hari ini melibatkan seramai 141,043 pengundi berdaftar memilih wakil rakyat baharu di 49 pusat mengundi, 244 saluran dibuka dari pukul 8 pagi sehingga 6 petang.

Setelah selesai proses undian, proses penjumlahan undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Kemaman di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman di Chukai.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi PRK itu boleh mencapai sehingga 70 peratus, namun bergantung kepada keadaan cuaca, yang diramalkan hujan sepanjang hari di kawasan parlimen berkenaan hari ini.

PRK Parlimen Kemaman menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan calon PAS, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ia diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lepas yang membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum ke-15.

PRK tersebut merupakan PRK yang keenam diadakan selepas PRU15 pada 19 November lepas, selepas PRK Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos lalu, PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang diadakan serentak pada 9 September, PRK DUN Pelangai pada 7 Oktober dan PRK Parlimen Jepak pada 4 November.

PALING POPULAR

To Top