Umum

PAS terus bersama Perikatan Nasional!

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS yang diadakan pada hari ini, dengan sebulat suara membuat keputusan untuk terus memperkukuhkan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam kenyataan media di Facebook President PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang beliau berkata, kerjasama ini bagi membawa prinsip penyatuan ummah.

Ia telah dimuktamadkan dengan perbincangan kerusi-kerusi di negeri dengan Perikatan Nasional.

Selain itu, senarai calon dari negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama.

Namun, PAS tetap dengan pendiriannya untuk tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Perkembangan ini bermakna PAS menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjalinkan kerjasama pada PRU-15.

PALING POPULAR

To Top