Umum

Pelawak Jocelyn Chia ‘dibuang’ keluarga?

Pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia dikatakan “dibuang” keluarga susulan pelbagai kontroversi dicetuskannya baru-baru ini.

Melalui akaun Twitter didakwa milik bapanya, Anthony Chia Whye Liang mengumumkan dia dan isteri Shirley tidak lagi mengiktiraf Jocelyn sebagai anak perempuan mereka sehingga mereka mati.

Beliau berkata, perbuatan Jocelyn menunjukkan beliau gagal membesarkannya menjadi manusia lebih baik untuk masyarakat.

Ads by Kiosked

“Masyarakat berhak mendapat lebih baik daripada ini,” tulisnya baru-baru ini.

Selasa lalu, Jocelyn dilapor mempersendakan kerajaan Malaysia susulan tindakan biadab kumpulan British, The 1975 ketika membuat persembahan di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini.

Dia secara sinis mengalu-alukan vokalis kumpulan itu, Matty Healy disenaraihitamkan Putrajaya serta mempersoalkan kenapa Interpol tidak diarah menahan mereka, seperti tindakan diambil pihak berkuasa terhadapnya.

Jun lalu, wanita itu dikecam pelbagai pihak, termasuk rakyat Malaysia dan Singapura kerana menjadikan isu kehilangan pesawat MH370 sebagai modal dalam persembahan komedinya di New York.

Jumaat lalu, media melaporkan persembahan The 1975 dihentikan selepas Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di depan peminat dalam konsert di Sepang.

Dia didakwa memegang botol arak atas pentas, selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Sumber: FMT

PALING POPULAR

To Top