Umum

Penyerang Balai Polis Ulu Tiram bukan ahli JI

Gambar Facebook

Penyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor, bukan ahli kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI).

Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan perkara tersebut selain berkata kenyataan mengaitkan suspek berusia 21 tahun yang ditembak mati adalah anggota JI berdasarkan siasatan awal melihat kepada pengalaman bapa lelaki terbabit yang juga ahli kumpulan pengganas itu.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, dalam sidang media di IPK Johor, berkata suspek didapati bertindak sendirian dan tiada kaitan kumpulan terancang berdasarkan kesimpulan awal polis, selepas menemu bual 46 individu dalam profil terkait insiden berkenaan.

“Kita dapati buat peringkat awalan ini bahawa penyerang bertindak bersendirian, kita panggil ‘lone wolf’, dia didorong motivasi tertentu yang dia faham sebab dia tidak bercampur orang,” katanya.

Dalam kejadian 2.45 pagi semalam itu, 2 anggota polis, Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut diserang lelaki bersenjatakan parang, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu, Mohd Hasif Roslan cedera ditembak.

PALING POPULAR

To Top